Friday, March 25, 2011

Sajak AMINAH QUTB bUAT bakal suami




sekiranya
kita cinta kepada manusia
tak semestinya manusia cinta kepada kita
tetapi sekiranya
kita cinta pada ALLAH
nescaya cinta ALLAH tiada penghujungnya.
sekiranya
kita cinta kepada manusia
kita akan cemburu kpd orang yang
mencintai org yg kita cintai
tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
kita akan turut mencinta org yang
melabuhkan cinta kepada ALLAH juga.
Ya ALLAH
andainya dia adalah jodoh
yg di tetapkan olehMU kepadaku
Maka
campakkanlah ke dalam hatiku
cinta kepadanya adalah keranaMu
dan campakkanlah kedalam hatinya
cinta kepada ku adalah keranaMu
Namun
andainya dia bukan lah jodoh yang
ditetapkan olehMU kepadaku
berikan lah aku kekuatan agar pasrah
dalam memharungi ujian
yang KAU berikan kepadaku

aminah Qutb

No comments:

Post a Comment